Berkongsi tip, ilmu dan pengalaman lebih 10 tahun dalam Chess Puzzle

Endgame Puzzle ( Series 298 ) - Apa nak buat bila anda kehilangan segala-galanya dalam hidup ? Menyerah kalah atau lawan balik ?

                        Pernah tak anda 'blunder' dalam hidup seperti 'tersalah langkah' umpama 21) Nexd4?? dalam game ini sehingga mengorbankan sesuatu yang penting dalam hidup anda ? ☺


( Series 298 - White to move )

Impaknya, ia memaksa anda 'move on' ke 'titik paling lemah' dalam hidup umpama 23) Kh1😢 dalam game ini sama ada anda suka ataupun tidak 😭


( Series 298 - White to move )

80% orang biasanya akan menyerah kalah bila terkena posisi begini tapi tidak bagi #gmknockout. Saya cuba lawan dengan bermodalkan time dan last trick 


( Series 298 - White to move )

Waktu 'diuji' lagi dalam posisi begini, saya TIADA PILIHAN LAIN kecuali main sacrifice Bishop... main korban Knight... 26) Rg2... walaupun itu adalah apa yang saya cuba pertahankan sebelumnya... walaupun orang tengok situasi dah macam tiada harapan... Sebab saya 'sedang bermain' dengan masa sambil 'laju mencari' kelemahan musuh


( Series 298 - White to move )

Akhirnya, taktik pengorbanan yang dilakukan tadi 'membantu' saya 'mengesan' kelemahan musuh iaitu dia suka makan banyak 😊 dan 'langgar' prinsip asas nombor 1 ( terlupa nak checkmate ) dan konsep nombor 4 dalam chess puzzle ( makan tanpa tujuan ). Walaupun posisi masih kalah tapi sekurang-kurangnya, saya dah 'nampak' apa yang perlu dibuat di mana saya mula 'serang balik' secara mengejut! Hahaha... 30) Rxg6+!! 

( Series 298 - White to move )

Alhamdulillah... Serangan 'mengejut' tadi berjaya mencetuskan 'rasa panik' dan 'terancam'. Dia mula meminta bantuan Knight walaupun Queen dan Rook yang ada dah mencukupi. Disinilah, saya pakai last second trick iaitu 33) Bxf7 untuk 'perangkap' dia punya Rook selepas saya menyedari kelemahan dia adalah 'kuat makan' 😁


( Series 298 - White to move )


Zupp! 35) Bxe4!! Seperti dijangkakan, bila 'umpan' dimakan, perlu cepat 'tarik' !!! Waktu ini, saya berharapkan masa berlalu cepat agar dapat bertahan pada posisi ini. Maklumlah, masing-masing dalam 'pressure time'. Dan saya mempunyai kelebihan masa walaupun posisi masih belum menang


( Series 298 - White to move )


Sebaik sahaja dia main 35) Ne5 untuk 'membunuh' saya punya Rook selain 'menyelamatkan' dia punya King, saya mula pasang 'umpan terakhir' iaitu Rook. Hahaha... Senang jer... Kasi Rook dia panik jap! Saya main 36) Bxb7! InsyaAllah... Nanti dia lupa nak checkmate... Fikir nak selamatkan dia punya Rook dan selamatkan dia punya King. Persoalannya sekarang, siapa yang takut siapa sekarang ? Hahaha...


( Series 298 - White to move )

Zupp! 38) Nxg4+!! Hasil kombinasi 'pressure time' + 'panic attack' +  'takut kena serang'... akhirnya last trick berjaya dilakukan dan seterusnya memaksa pihak lawan main #endgame ( N + B + 2P + K vs R + P + K )


( Series 298 - White to move )

Berkat kesabaran 'bertahan' + 'berkorban' sewaktu menempuh 'ujian-ujian' yang mendatang, alhamdulillah... Dengan izin-Nya, saya dapat balik apa yang saya hilang! Walaupun apa yang saya dapat sekarang tak sama dengan apa yang saya dapat dahulu, sekurang-kurangnya saya dalam posisi menang 😄


( Series 298 - White to move )



GM_Knockout said ;

41) b3 a5
42) Bd5 a4
43) bxa4 Rxa4
44) Bc4 Ra3
45) Kf4 Kf6
46) Ke4 Ke7
47) Kd4 Kd6
48) Bb3 Ra7
49) Nc4+ Kc6
50) Kc3 Rd7
51) Ne5+ Kd6
52) Nxd7 Kxd7
53) Kc4

- Black resigned 1-0

Kebetulan, tahun 2022 ini umur saya mencecah 40 tahun apabila tiba pertengahan bulan Disember nanti. Jika game ini 'diterjemahkan' dalam hidup saya, insyaAllah... lebih kurang 10 tahun daripada sekarang ( jika dipanjangkan umur ), saya akan dapat balik apa yang saya hilang pada umur ke-53 ( ini contoh jer... jangan serius pula! ) 😄

Antara contoh-contoh ujian dalam hidup saya adalah :

  • Terpaksa meninggalkan kerjaya tetap dalam kerajaan demi membina bisnes sendiri
  • Memilih untuk menyelamatkan iman walaupun terpaksa mengorbankan keselamatan dari segi pendapatan
  • Sedia berkorban duit pencen demi menyelamatkan diri daripada 'tentera dajjal' sewaktu tercedera 
  • Terpaksa berkorban diri demi menyelamatkan keluarga tercinta daripada ancaman sihir
  • Berusaha berubat diri sendiri sewaktu disihir 'bomoh siam' selepas imam masjid tempat saya 'menarik diri' untuk membantu sebab tak nak ambil risiko 
  • Terpaksa berkorban hobi mengajar ilmu chess puzzle demi berusaha untuk 'survive' di zaman covid 19 ( nak fokus pada bisnes-bisnes yang saya sedang usahakan agar betul-betul kukuh dulu. Itu pasal saya tutup kelas chess dan kurang join tournament ) 😁

Sebenarnya, banyak lagi ujian lain. Tapi cukuplah untuk saya kongsikan untuk dijadikan pengajaran dan iktibar. Oleh kerana tradisi hidup orang mukmin atau beriman ini tak pernah lari daripada diuji, kenapa tidak kita berusaha MENEMPUH ujian berkenaan walaupun perit rasanya ?

Ingat !!! Bila kita lulus ujian, alhamdulillah... darjat kita akan diangkat Allah sedikit demi sedikit tanpa kita sedar. Tahu-tahu, kita dah berada dalam posisi yang bagus. Dan bila posisi kita dah bagus, insyaAllah... penghujungnya nanti kita akan menang. Cepat ataupun lambat sahaja. Itulah masa!

#tipgmknockout : Hidup ini singkat jer... Jangan biarkan apa yang anda pernah hilang MENGHALANG apa yang anda cuba usahakan untuk memilikinya!
Share:

GM_Knockout a.k.a MorphyTal2023_CSI

GM_Knockout a.k.a MorphyTal2023_CSI
Tagline - One Game One KO !!!

Admin Chess Puzzle

GM_Knockout a.k.a MorphyTal2023_CSI +6011-32419014 ( whatsapp only ) / +6013-4441174 ( sms/call only )

Rahsia Bebas Hutang Tulisan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Rahsia Bebas Hutang Tulisan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
Harga Ebook Ini : RM27.00 sahaja

Rahsia Menjadi Jutawan Homestay Tulisan Faridil Atras

Rahsia Menjadi Jutawan Homestay Tulisan Faridil Atras
Harga Ebook Ini : RM150.00 sahaja

Rahsia Menjadi Golongan T20 Melalui Hartanah Tulisan Fariz Rizal

Rahsia Menjadi Golongan T20 Melalui Hartanah Tulisan Fariz Rizal
Harga Ebook Ini : RM30.00 sahaja

Rahsia Gandakan Duit Dengan Main Saham Tulisan Dr Zul Izzi Nordin

Rahsia Gandakan Duit Dengan Main Saham Tulisan Dr Zul Izzi Nordin
Harga Ebook Ini : RM80.00 sahaja

Rahsia Memikat Lelaki Idaman Tulisan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Rahsia Memikat Lelaki Idaman Tulisan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
Harga Ebook Ini : RM27.00 sahaja

Rahsia Menjadi Penternak Kambing Yang Berjaya

Rahsia Menjadi Penternak Kambing Yang Berjaya
Harga Ebook Ini : RM70.00 sahaja

Rahsia Mudah Dan Pantas Hafal Sifir Untuk Anak Anda

Rahsia Mudah Dan Pantas Hafal Sifir Untuk Anak Anda
Harga Ebook Ini : RM30.00 sahaja

Rahsia Lubuk Panas Borong China Tulisan Nigel Ong

Rahsia Lubuk Panas Borong China Tulisan Nigel Ong
Harga Ebook Ini : RM100.00 sahaja

Rahsia Memperolehi "Supplier" Barang Bundle Gred A Dari Siam

Rahsia Memperolehi "Supplier" Barang Bundle Gred A Dari Siam
Harga Ebook Ini : RM70.00 sahaja

Rahsia Buat Duit Dengan Bisnes Borong Barang Dari China

Rahsia Buat Duit Dengan Bisnes Borong Barang Dari China
Harga Ebook Ini : RM127.00 sahaja

Rahsia Mendapatkan Gajet Direct Supplier Dari China

Rahsia Mendapatkan Gajet Direct Supplier Dari China
Harga Ebook Ini : RM70.00 sahaja

Categories

Popular Posts

Blog Archive

GM_Knockout's Fan