Pernah tak anda 'blunder' dalam hidup seperti 'tersalah langkah' umpama 21) Nexd4?? dalam game ini sehingga mengorbankan sesuatu yang penting dalam hidup anda ? ☺
Impaknya, ia memaksa anda 'move on' ke 'titik paling lemah' dalam hidup umpama 23) Kh1😢 dalam game ini sama ada anda suka ataupun tidak 😭
80% orang biasanya akan menyerah kalah bila terkena posisi begini tapi tidak bagi #gmknockout. Saya cuba lawan dengan bermodalkan time dan last trick
Waktu 'diuji' lagi dalam posisi begini, saya TIADA PILIHAN LAIN kecuali main sacrifice Bishop... main korban Knight... 26) Rg2... walaupun itu adalah apa yang saya cuba pertahankan sebelumnya... walaupun orang tengok situasi dah macam tiada harapan... Sebab saya 'sedang bermain' dengan masa sambil 'laju mencari' kelemahan musuh
Akhirnya, taktik pengorbanan yang dilakukan tadi 'membantu' saya 'mengesan' kelemahan musuh iaitu dia suka makan banyak 😊 dan 'langgar' prinsip asas nombor 1 ( terlupa nak checkmate ) dan konsep nombor 4 dalam chess puzzle ( makan tanpa tujuan ). Walaupun posisi masih kalah tapi sekurang-kurangnya, saya dah 'nampak' apa yang perlu dibuat di mana saya mula 'serang balik' secara mengejut! Hahaha... 30) Rxg6+!!
Alhamdulillah... Serangan 'mengejut' tadi berjaya mencetuskan 'rasa panik' dan 'terancam'. Dia mula meminta bantuan Knight walaupun Queen dan Rook yang ada dah mencukupi. Disinilah, saya pakai last second trick iaitu 33) Bxf7 untuk 'perangkap' dia punya Rook selepas saya menyedari kelemahan dia adalah 'kuat makan' 😁
Zupp! 35) Bxe4!! Seperti dijangkakan, bila 'umpan' dimakan, perlu cepat 'tarik' !!! Waktu ini, saya berharapkan masa berlalu cepat agar dapat bertahan pada posisi ini. Maklumlah, masing-masing dalam 'pressure time'. Dan saya mempunyai kelebihan masa walaupun posisi masih belum menang
Sebaik sahaja dia main 35) Ne5 untuk 'membunuh' saya punya Rook selain 'menyelamatkan' dia punya King, saya mula pasang 'umpan terakhir' iaitu Rook. Hahaha... Senang jer... Kasi Rook dia panik jap! Saya main 36) Bxb7! InsyaAllah... Nanti dia lupa nak checkmate... Fikir nak selamatkan dia punya Rook dan selamatkan dia punya King. Persoalannya sekarang, siapa yang takut siapa sekarang ? Hahaha...
Zupp! 38) Nxg4+!! Hasil kombinasi 'pressure time' + 'panic attack' + 'takut kena serang'... akhirnya last trick berjaya dilakukan dan seterusnya memaksa pihak lawan main #endgame ( N + B + 2P + K vs R + P + K )
Berkat kesabaran 'bertahan' + 'berkorban' sewaktu menempuh 'ujian-ujian' yang mendatang, alhamdulillah... Dengan izin-Nya, saya dapat balik apa yang saya hilang! Walaupun apa yang saya dapat sekarang tak sama dengan apa yang saya dapat dahulu, sekurang-kurangnya saya dalam posisi menang 😄
Kebetulan, tahun 2022 ini umur saya mencecah 40 tahun apabila tiba pertengahan bulan Disember nanti. Jika game ini 'diterjemahkan' dalam hidup saya, insyaAllah... lebih kurang 10 tahun daripada sekarang ( jika dipanjangkan umur ), saya akan dapat balik apa yang saya hilang pada umur ke-53 ( ini contoh jer... jangan serius pula! ) 😄
Antara contoh-contoh ujian dalam hidup saya adalah :
- Terpaksa meninggalkan kerjaya tetap dalam kerajaan demi membina bisnes sendiri
- Memilih untuk menyelamatkan iman walaupun terpaksa mengorbankan keselamatan dari segi pendapatan
- Sedia berkorban duit pencen demi menyelamatkan diri daripada 'tentera dajjal' sewaktu tercedera
- Terpaksa berkorban diri demi menyelamatkan keluarga tercinta daripada ancaman sihir
- Berusaha berubat diri sendiri sewaktu disihir 'bomoh siam' selepas imam masjid tempat saya 'menarik diri' untuk membantu sebab tak nak ambil risiko
- Terpaksa berkorban hobi mengajar ilmu chess puzzle demi berusaha untuk 'survive' di zaman covid 19 ( nak fokus pada bisnes-bisnes yang saya sedang usahakan agar betul-betul kukuh dulu. Itu pasal saya tutup kelas chess dan kurang join tournament ) 😁
Sebenarnya, banyak lagi ujian lain. Tapi cukuplah untuk saya kongsikan untuk dijadikan pengajaran dan iktibar. Oleh kerana tradisi hidup orang mukmin atau beriman ini tak pernah lari daripada diuji, kenapa tidak kita berusaha MENEMPUH ujian berkenaan walaupun perit rasanya ?
Ingat !!! Bila kita lulus ujian, alhamdulillah... darjat kita akan diangkat Allah sedikit demi sedikit tanpa kita sedar. Tahu-tahu, kita dah berada dalam posisi yang bagus. Dan bila posisi kita dah bagus, insyaAllah... penghujungnya nanti kita akan menang. Cepat ataupun lambat sahaja. Itulah masa!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.