Bukan kamu tak pandai main tapi gajet asyik buat problem. Tak smooth walaupun kamu main laju. Punca - sama ada chipset gajet kamu pakai itu jenis slow atau RAM kecil atau ROM kecil atau ketiganya
Atas sebab itulah, gmknockout syorkan kamu pakai gajet yang ada chipset jenis laju kat dalamnya iaitu Snapdragon 636 ( minimum ) dan ke atas
RAM pakai 4GB ( minimum ) dan ke atas. ROM pula pakai 64GB dan ke atas. InsyaAllah... Game kamu main akan jadi smooth. Jika slow juga, bermakna diri kamulah tu. Yang ini tak dapat tolong. Kamu sendirilah kena 'upgrade' stail kamu main😀
Okey. Sebelum tu pastikan kamu pilih gajet yang ada brand yang orang ramai-ramai 'biasa' pakai. Ia juga telah lama berada di pasaran seperti brand Xiaomi, Oppo, Vivo, Samsung dan seumpama. Bukan apa. Supaya kamu senang dapat 'spare parts' andai kata apa-apa jadi pada gajet kamu sebagai persediaan awal
Ingat !!! Pomen phones kat Malaysia ini hanya simpan 'spare parts' yang 'biasa' orang ramai-ramai pakai. Jika kamu pakai gajet yang 'tak ramai' orang pakai akibatnya bila ada masalah, pomen susah nak dapat 'alat ganti' dan jika ada pun kos 'alat ganti' pasti jadi mahal. Itu belum kira kos upah lagi. Akhirnya, kamu terpaksa bertukar gajet sampai ke sudah 😇
Okey. Salah satu petua gmknockout amalkan agar dapat berjimat tapi masih mampu pakai gajet yang mantop adalah dengan memilih gajet 'used' tapi dijamin original + condition tip top macam new. Ini petua orang yang pernah kerja pomen kat kapal. Terpulanglah kat kamu sama ada nak ikut ataupun tidak 👌
Bagi kamu yang masih tercari-cari gajet yang sesuai, waktu research kat Shopee tadi gmknockout ada terjumpa gajet yang pakai chipset Snapdragon 845. Brand Samsung Original. RAM 8GB. ROM 512GB. Modelnya jika tak silap Samsung Galaxy Note 9. Bajet pun tak mahal sangat. Bawah RM1000 jer
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.